Saturday 31 August 2013

Friday 30 August 2013

Rosmah Mansor Ada Pegawai Media Khas

Siapa Ketua Pegawai Khas Media Rosmah Mansor yang cuba diceritakan oleh penulis ini disini?




Perjumpaan Sulit Team Blogger & Najib Untuk Susun MT UMNO?



Bebalian ingat orang lain tidak perasan apa yang sebenarnya disebalik lakonan kumpulan bloger senior kaki rembat duit umno, pendedahan dari bloger kumpulan unit media umno sendiri rupanya lebih dahsat. Ada rancangan lain selain dari rembat duit Najib, rembat duit siapa nak menang perlawanan ahli majlis tertinggi umno kelak juga antara agenda himpunan askar maya ini. Najib kena lagi, beliau akan datang rasmi projek jahat ini.

Adakah Najib yang merancang atau adakah Najib terpaksa datang kerana nyawa politiknya sendiri dah mula nak tamat dek kerana isterinya yang dikata turut  menyibuk menyusun pemimpin umno?



Sangkakalajari9;

Hmmm..macam yang Sangkakala tulis dua tiga hari lepas dalam laman blog Sangkakala ni tentang satu himpunan yang bakal diadakan di Janda Baik. 

Dalam pada tu ada juga dikalangan rakan rakan yang agak sensitif bila Sangkakala keluarkan kenyataan kenapa perlu diadakan himpunan sebegitu sedangkan himpunan yang diadakan selama ini tidak menampakkan kejayaan. 

Rupa rupanya barulah Sangkakala tahu untuk apa himpunan tersebut diadakan, nak tentukan siapa calon MT rupanya!!! 

Ini maklumat yang terkini Sangkakala terima la, kalau itu lah yang berlaku, Sangkakala rasa memang strategi untuk buat duit ni dah berjaya secara total dan Sangkakala dengar ada juga GARAM yang akan di berikan kepada sesiapa yang hadir nanti. 

Hmmm..selamat berjuanglah rakan rakan blogger Sangkakala, jangan nanti ada pulak yang merungut itu ini, ada yang tak puas hati, sebab biasa lah, untuk puaskan hati manusia memang kita tak mampu. 

Cuma satu Sangkakala nak tanya, berapa agaknya penganjur ni dapat untuk mengadakan himpunan sebegitu dan apa yang Sangkakala tau, Perdana Menteri merestui perjumpaan tersebut. 

Agaknya Perdana Menteri dah mula goyang kot ni, sampai kumpul blogger beriya sangat, nak dekat pemilihan lak tu, kalau dekat pilihanraya ada juga munasabahnya. 

Cuma satu je lah, takkan lah blogger porno diberi kepercayaan sampai sebegitu rupa untuk mempertahankan Perdana Menteri dan negara.


Anda boleh baca diSINI

Sunday 25 August 2013

BLOGGER KAKI TEMBERANG MENIPU ISTERI PEMIMPIN PARTI


Namanya agak fofular awal 2000 namun jatuh teruk akibat kemunculan bloger junior yang lebih mampu melawan musuh politik parti yang mereka anggotai. Beliau hanya fofular kerana ayat yang kasar mengherdik dan menghina pemimpin parti yang beliau sendiri ahlinya. Sebagai bayaran supaya beliau tutup mulut maka blog beliau dibayar oleh isteri pemimpin umum.

Perkara yang perlu diambil perhatian serius ialah sikap beliau yang cantas dan menghasut supaya bloger junior yang lain tidak mendapat perhatian seperti yang beliau nikmati. Paling terbaru beliau dapat projek melonggokkan semua anak saudara beliau dalam kategori sibertruper bloger dan yang paling malang anak beliau yang belumpun cukup umur juga dibawa masuk sebagai truper berbayar.

RM3000 seorang adalah jumlah bayaran yang dibayar oleh isteri pemimpin umum dan ini semua hasil konspirasi beliau bersama bloger senior yang lain. Kami The Bebalian akan bongkar sekor persatu siapa mereka ini. Menulis menyerang pemimpin untuk menghirup kekayaan dari yang diserang itulah motto juang mereka.

Dia claim RM3000 x 10 anak saudara, dia bayar RM1500 seorang dan beliau dapat RM1500 untuk seorang. Disamping beliau claim untuk diri sendiri bersama ahli kongsi yang lain RM5000 seorang. Tidak termasuk bayaran sewaan pejabat. Kasian isteri pemimpin umum ditipu.Kerja mudah sahaja, komen dimana berita isteri pemimpin umum keluar dan juga komen diblog mereka sendiri.

3 kereta baru dibeli termasuk 4wd. Beli HP macam beli sayur. Mewahkan?

Ada cerita menarik beliau akan rosakkan nama siapa sahaja bloger yang bakal naik namanya dalam ranking antara mereka.

AES Kegagalan Kerajaan


Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong mengecam kerajaan kerana tidak menjalankan penilaian serta penyelidikan yang teliti sebelum melaksanakan Automated Enforcement System (AES).

Teo berkata bahawa keputusan pihak kerajaan untuk menilai semula pelaksanaan dan pengurusan AES telah menunjukkan bahawa pihak kerajaan tidak menjalankan penilaian serta penyelidikan yang teliti sebelum melaksanakan sistem AES.

“Kalau pihak kerajaan bercadang untuk mengambil-alih pengurusan AES daripada syarikat konsesi, saya mengalu-alukan keputusan tersebut.

“Tetapi persoalan yang timbul sekarang ialah mengapakah pihak kerajaan tidak mengkaji secara mendalam dan teliti sebelum melaksanakan sistem penguatkuasaan (AES) ini?

“Sekarang pula pihak kerajaan kata sebab mendapat banyak rungutan daripada rakyat, mereka mahu menilai semula pengurusannya.

Pada hal, Pakatan Rakyat serta ramai rakyat Malaysia telah membantah sejak awal pelaksanaan AES lagi, tetapi pihak kerajaan tetap berkeras meneruskan pelaksanaan projek tersebut.

“Kita sedia maklum, cuma dua syarikat konsesi diberi kontrak untuk melaksanakan sistem AES.

“Kalau kini pihak kerajaan ingin mengambil alih pengurusan sistem AES ini, saya pasti pihak kerajaan sudah tentu akan membayar pampasan kepada dua syarikat konsesi tersebut.

“Jadi, syarikat konsesi ini tetap akan mendapat keuntungan tak kira apa jua keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan,” kata Teo.

Teo yang juga Ahli Parlimen Rasah menjelaskan pada Persidangan Dewan Rakyat bulan Julai yang lepas, beliau pernah bertanya mengenai berapakah jumlah saman yang dikeluarkan oleh AES dan jumlah kutipan saman AES yang diperolehi sejak ia dilaksanakan.

Jawapan yang beliau perolehi adalah seperti berikut:-

Sehingga 11 Jun 2013, sebanyak 673,339 saman bagi kesalahan AES telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan sejak AES mula dikuatkuasakan pada 23 September 2012.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 66,735 saman telah dibayar dengan jumlah kutipan sebanyak RM20,020,500.

“Kami tiada sebarang halangan jika pihak kerajaan berusaha untuk mengambil langkah untuk mendidik pengguna jalan dan mengurangkan kes kemalangan jalanraya.

“Tetapi, jikalau langkah penguatkuasaan yang cuma menguntungkan syarikat konsesi, ia tidak akan diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Pihak kerajaan sebenarnya harus mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan isu AES ini agar ia tidak menyulitkan serta membebankan rakyat,” katanya.